Thursday, April 18, 2013

Mimpi-mimpi yang benar

Salam
Salah satu anugerah Allah kepada makhluk yang bergelar manusia ialah mimpi. Ada mimpi benar dan ada mimpi yang hanya mainan syaitan. Menurut ustaz Don Daniyal ada beberapa syarat untuk mimpi benar. Syarat2 ini harus datang bersama.

Antara syaratnya ialah :
  1. tidur dengan berwudhu'
  2. suci dari hadas kecil atau besar
  3. mimpi hampir waktu subuh
  4. terjaga setelah mimpi
  5. ingat mimpi tersebut sampai bila-bila
  6. mimpi yang berulang-ulang
Salah satu mukjizat nabi Yusof ialah dapat mentafsir mimpi. Ada juga manusia yang diberi anugerah oleh Allah untuk mentafsir mimpi. Namun tak ramai. Maka kisahnya bermula di sini.

Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.
Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

 Sheikh Ahmad Sudais


Sumber: Tekan sini


















~SekiaN~
























notamimpi: igt & buat 6 syarat tu. kalo x jgn hrp nk dpt mmpi benar :D

4 comments:

arin cat said...

input bagus :)

Fikri said...

Tq :D

cik bulan said...

kecewanya tidur ptg xdikira. wkwkwkwk.

p/s: wei hg fikri yg duluuuu rajin chat ngan aku ah? hahaha lama gila kot ku xbkk blog. lupaaaaa

Fikri Karim said...

Dulu ja rajin chat dgn hg. Skrg dh mls dh.. Haha :D