Monday, June 11, 2012

PolyTrip to Medan -Lake Toba & The Samosir Island-


Salam..
Hari tu lupa nak cerita, dalam perjalanan ke jeti lake toba terjadi suatu kejadian yang mencemaskan. Tapi tak da la cemas sangat pun. Bas yang kami naiki tu rosak. Tak tau la dia hang kat mana. Dengar kat tak boleh masuk gear. Haha. Kesian..


Sedang asyik pakcik drebar bas dengan pembantunya merepair bas dapat gak la tengok keadaan kampung kat situ. Nak cari rumah banglo macam kat Malaysia ni memang susah la. Kebanyakannya rumah kayu ja. Tapi kat dalam tu tak tau la cena. Kalah hotel 5 stars apa.. haha. Jangan mengadili buku berdasarkan muka hadapannya.


Maka setelah selesai dibaiki bas tersebut (Alhamdu lillah), menujulah kami sehingga sampai di jeti Lake Toba. Feri dia boleh tahan. Lebih kurang feri kat Pineng gak la. Tapi kecik. Feri kat Pineng buleh muat kereta, moto, lori & etc. Yang ni boleh muat orang ja la dengan bagasi. Haha.

Macam ni la keadaan atas bot/feri. Huahaha.
Kiri hujan, kanan cerah. Maha suci Allah~

Setelah beberapa orang bermandi hujan di atas feri (haha) maka sampailah kami di pulau samosir. Keluasan pulau ni seperti yang diceritakan oleh pemandu pelancong adalah sebesar singapura yang asli. Besar gak 2. Sampai kat pulau tu pun tak watpa sangat pun. Mula2 pi tengok makam diraja orang tomok, kaum batak. Bukan Tomok penyanyi tu aa.. jangan silap. Maka diceritakanlah dengan panjang lebar salah silah keturunan diraja (sidabutar = nama keturunan diraja kaum tomok). Dah abis belajaq sejarah, jom pi shopping. Haha.. Beli la baju sehelai dua. 

rumah kaum batak, tomok. Design macam minangkabau pun ada.
Hotel Torledo Inn. Torledo ka torpedo.. haha.
Peh.. sunset.. Nice view. :D

Aa.. malam2 tak da wat pa pun. Lepak2 ja jalan2 kat tepi tasik. Amik2 gambaq. Gosip2. Haha. Jalan2 kat pekan kecil sampai bosan. Then balik bilik. Tidoq... Sebelum tu meh aku cerita kisah dongen bagaimana terjadinya Pulau Samosir ni. Tajuk dia Lake Toba and The Samosir Island.

Maka tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala. Terdapatlah seorang pemuda yang bernama samosir. Hobi beliau mengumpul stem menangkap ikan di sungai di Danau Toba. Pada suatu hari, beliau berjaya menangkap seekor ikan yang tak dak la besaq sangat. Biasa ja bagi aku. Beliau pun membawa pulang ikan tersebut ke rumah untuk dijual keesokan harinya. Pada malam tersebut, beliau bermimpi bahawasanya ikan tersebut bertukar menjadi seorang wanita yang cantik. Lalu samosir pun terjaga. samosir bingkas bangun dan mengecheck tempat beliau menyimpan ikan tersebut. "Hok aloh, dok jadi gapo pun kek ike ni." Lalu Samosir pun meneruskan tidurnya. Sedang beberapa ketika, mimpi yang sama datang kembali. Tiga kali berturut2. Dan setiap kali Samosir terjaga dia akan mengecheck bekas simpanan ikan tersebut. Namun, ikan tetap ikan. Lalu Samosir pun mengeluh "Haish.. berat nanang. Nipu deh mimpi nih"

Pada keesokan harinya, Samosir bangun dan bersiap untuk ke pasar menjual ikan. Samosir yang hanya bercawat daun rumbia pergi ke tempat simpanan ikannya untuk mengambil ikan yang semalam tu la. Ikan mana lagi.. Malang sekali, setelah dilihat bekas mengisi ikan tersebut... Kosong.. kosong.. Ohh.. oh.. Ikan semalam dah tak dak. "Hoh.. gena ni? Pi mana pulak dah ikan ni. Haish.. Haru betoi laa.." Keluh Samosir. Sedang beliau tercari2 ikan tersebut. Maka muncullah seorang awek cun di hadapan Samosir. Feeewwittt.... Samosir pun terpaku melihat kecantikkan awek tersebut. Nak dipendekkan cerita sebab aku malas nak tulis panjang2, awek tu sebenarnya ikan yang dia tangkap tu la. Mimpi yang semalam tu real habaq ang. Ikan tu jadi wanita cantik. Dan oleh sebab Samosir pun single lagi, depa pun berkahwin tanpa wali. Depa guna wali hakim kot...... Tapi dengan satu syarat...

Disepanjang hidup mereka sebagai suami isteri, Samosir mesti bersumpah untuk tidak memberitahu sesiapa pun bahawasanya bini dia tu berasal dari ikan. Jika Samosir melanggar sumpah, bala menimpa.. 

Samosir hidup gembira bersama isterinya. Selang beberapa tahun, mereka dikurniakan seorang anak. Anak dia tu orang la. Bukan ikan.. Setiap hari Samosir bekerja keras untuk menyara keluarganya. Setiap hari juga isteri Samosir akan menghantar makanan kepada Samosir di tempat kerja. Dia kerja apa aku tak tau la. 

Pada suatu hari, isteri Samosir demam kura2. Dia tak larat nak hantaq makanan kat Samosir. Lalu isterinya menyuruh anaknya yang waktu tu darjah tiga menghantar makanan kat Samosir. Maka berangkatlah si anak ke tempat kerja Samosir. Dalam perjalanan, si anak ternampak member dia, member kelas 3 bestari, duk main bola. Maka si anak pun join arr.. apa tunggu lagi. Main punya main si anak pun keletihan lalu menjamah makanan yang sepatutnya diberikan kepada bapanya, Samosir, sehinggah habis licin. Ayaq pun habih gak. Sesudah selesai menjamu selera, barulah si anak teringat akan tugasnya untuk menghantar makanan kepada bapanya. Namun apakan daya, makanan sudah tiada. Maka runsinglah si anak.. Pusing2 punya pusing, si anak dengan berat hatinya meneruskan perjalanan ke tempat kerja bapanya dengan tangan kosong. Sampai sahaja di tempat kerja bapanya, si anak dengan perasaan bersalah memberitahu bapanya bahawa makanan dah abih dia makan. Si bapa yang tadinya ceria dengan kehadiran anaknya mula menjadi beruang berang. Maka keluarkan kata2 kesat dari mulut Samosir. Dia maki hamun anak dia. "*#&^$(&#*!@ WTH... tutt.." Maki Samosir. "Dasar anak tak guna. Perangai macam ikan. Kalau mak tu ikan, anak tu sama la macam mak, anak ikan!! Makan ja tau. Sama macam ikan". Maki Samosir lagi.  Lalu si anak dengan perasaan sedih di maki bapa sendiri pulang ke pangkuan ibunya. Si anak menceritakan apa yang terjadi kepada si ibu. Maka dengan perasaan marah si ibu bergegas pergi bersama anaknya menemui Samosir.

"Wahai Samosir, kau telah melanggar sumpah kau yang dahulu. Tidakkah kau lupa bahawa kau telah bersumpah untuk tidak memberitahu asal kejadiaanku?" Sound bini Samosir dengan nada yang marah. 

"Wahai isteriku, maafkanlah daku. Aku berjanji tidak akan melakukannya lagi". Rayu Samosir kepada isterinya.

"Kesalahanmu tidak dapat ku terima. Kau telah menlanggar sumpah dek kerana kemarahanmu.. Wahai dewata (Tuhan depa la) turunkanlah bala kepada kampung ini amnya dan Samosir khususnya". 

Maka turunlah hujan dengan lebatnya beserta ribut taufan yang dasyat melanda kampung tersebut. Air hujan yang mencurah2 mula membanjir danau toba, kg Samosir sehingga menjadi sebuah tasik yang sangat besar. Semua penduduk kampung yang tak bersalah mati lemas. Kecuali isteri Samosir dan anaknya kerana mereka berubah ke bentuk asal iaitu kembali menjadi ikan. Maka terkuburlah Samosir di dalam Tasik Danau Tobo tersebut. Lama-kelamaan, mayat Samosir berubah menjadi sebuah batu yang semakin hari semakin membesar menjadi sebuah pulau yang besar seperti mana kita dapat lihat pada hari ini. Begitulah kisah dongeng masyarakat indon mengenai Tasik Danau Toba dan Pulau Samosir.


Err.. ni member aku. Bukan Samosir aa.. haha.









~SekiaN~









notasamosir: ank samosir tu mesti jd ikn duyung sbb dia mix mnusi + ikn. haha.

6 comments:

Aida Azryn said...

amboih.. syok la p jalan rata. =P

btw, suka gambar yang ke 14. superb nice!

Fikri said...

Haha.. sunset 2 ka? a ah.. agk nice :D

putryteya said...

nak ikoot sekali boleyy kaa ?? :D syok je

Fikri said...

Nk ikut? xbleh la. Dh blk mesia dh pn.. :D

Nur Aischa said...

dah pernah pergi pun dulu. tapi cerita tu mmg ngarut, dongeng kan? hahah.

btw sunset dia wahh, ohsem! ^_^

Fikri said...

Haha.. konfem dongeng pny. Kalo btol mmg dasat la :D